Tuesday, November 12, 2013

My Second Piece : Jangan Benci Cintaku (JBC)

Hello dearies :) Another good news to share here. Jangan Benci Cintaku (JBC) will be published by the end of the month (Nov 2013) under Idea Kreatif Publication (IKP). Orders can be made directly through IKP website or their admins mentioned below in Facebook:

-Kak Ayu Dzulkarnain
-Kak Yatie Pyan
-Kak Mazlinda Zainul Abidin
- Kak Liza Wati
-Kak Sarinah Aini
-Kak Tie Tinie


Thank u so  much for the support up till now dearies, I really appreciate all that :) Not to forget to grab my first piece, Mama Mia Shaza in the nearest bookstore ya :) Love you all loads! <3


Tajuk : JANGAN BENCI CINTAKU
Penulis : EMY ROBERTO
Harga : RM23(semenanjung)/RM26(Sabah/Sarawak)
ISBN : 978-967-11925- 9-7
Muka Surat : 500
Tarikh Terbit : 30 Nov 2013

** Setiap Pembelian online melalui web dan ejen, diskaun RM2 akan diberikan. Pos adalah percuma.

Sinopsis :
Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal.

Tetapi…..“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.

‘Make him fall for you!’- Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?
Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

Novel November utk pesanan sila PM ejen2 IKP dan Penghantarn akan dibuat awal December.
Harap Maklum.




I believe He has His own plan. Love! 

Monday, October 28, 2013

Jangan Benci Cintaku (JBC) 12




“NAK ke mana ni?! Angin tak ada ribut tak ada tup tup dah blah.”

Rafeeqa masih kelu. Kaku pula tubuh bila Shahrizal keluar dari perut kereta dan melangkah ke arahnya.

Nak ke mana ni sayang?

Apasal mata merah ni?

Jangan harap Shahrizal nak pujuk macam tu kalau dah pandangan Shahrizal macam The Hulk yang tinggal nak bertukar hijau saja lagi.

“Rafeeqa.”

Kedua-dua bahu Rafeeqa digoncang Shahrizal perlahan. Awat muka pucat? Kena sampuk ke? Dibeleknya badan Rafeeqa, masih sempurna tanpa cacat cela. Dapat dilihat sisa air mata isteri di sebalik cahaya lampu jalan yang memancar betul-betul di tempat mereka berdua berdiri. Tengah berborak dengan Auni, terkejut dia bila Rafeeqa menonong saja keluar dari pagar rumah. Siap angkut tote bag sekali, tak ke nak balik namanya tu. Tak sampai niat hati nak kenalkan Rafeeqa pada Auni.

“Awak nak ke mana ni?” Entah berapa kali Shahrizal tanya soalan yang sama, barulah Rafeeqa membuka mulut.

“Nak balik.”

“What?!” Bulat mata Shahrizal.

De’! Rafeeqa mengawal riak muka sebaik mungkin. Ingat dia tahan ke nak bertapa lama di rumah mertua kalau semua mata pun pandang semacam. Nak mengharapkan Shahrizal jadi ‘savior of the day’ kirim salam.

“Saya nak balik, Shah. Saya rasa tak selesa kat rumah Mummy dan Daddy,” Rafeeqa terus-terang. Dia bukan hati besi yang boleh buat tak kisah atau telinga kebal yang boleh buat tak dengar.

“Apa masalah awak, Rafeeqa? Okey, nak balik. Tapi at least bagitau saya, kita boleh balik sama-sama. Ni tak, awak cabut macam awak lupa yang kita datang berdua ke rumah Mummy dan Daddy.”

Shahrizal bengang. Rafeeqa buat gaya macam budak kecik begini dia susah nak terima. Terpaksa dia tipu Mummy kata Rafeeqa sakit perut, rushing nak balik. Tak logik saja bunyi, macamlah kat rumah orang tua dia tak ada tandas.

Tangan Shahrizal naik di pinggang. Mata masih memanah muka Rafeeqa yang tampak sedikit takut. Dia bukan jenis yang suka menengking tapi kalau Rafeeqa buat penyakit dan menguji kesabaran begini, pitch suara boleh jadi tinggi.

“Saya salah. Sorry. Sekarang saya nak balik.” Kiranya Rafeeqa dah susun ayat paling sopan dan padat walau pendek.

“Tanpa saya? Jangan harap. Balik rumah Mummy sekarang, cakap elok-elok yang kita nak balik. Jom.”

Tangan kanan Shahrizal mencapai lengan Rafeeqa namun ditepis Rafeeqa sedikit kasar, buat marah Shahrizal naik sampai ke kepala. Apa kejadian isteri dia pelik sangat malam ni? Shahrizal merengus kasar.

“Jangan kurang ajar, Rafeeqa. Masuk sendiri dalam kereta atau nak saya angkat awak masuk dalam bonet?”

What the fish? Mata Rafeeqa bulat. Ni tengah buat lawak ke tengah serius. Bila pandang wajah suami, oh okey. La Tarzan tengah serius. Rahang siap bergerak-gerak  menahan marah.

“Shah, saya nak balik. Serius. Tak payah hantar pun tak apa, saya boleh balik sendiri. Teksi ada. LRT ada. Malam masih muda lagi.” Rafeeqa masih cuba berunding.

Please lah jangan main tarik untuk ke rumah Mummy semula. Dia tak dapat berlakon seolah-olah tak terjadi apa-apa. Nak tengok muka Nek Pah sekali lagi, dia takut tangisnya terhambur.

Shahrizal pejam mata rapat-rapat. Nafas ditarik dalam-dalam. Rafeeqa ni betul-betul menguji kesabaran. Nampak gaya Rafeeqa ada banyak cerita yang perlu dikongsikan dengan dia, kalau tak masakan Rafeeqa boleh menangis lepas tu blah begitu saja.

“Rafeeqa. Lain cerita, simpan belakang-belakang dulu. Sekarang kita patah balik rumah Mummy. Salam elok-elok. Baru balik rumah, okey?” Shahrizal tunduk dan memandang Rafeeqa dengan wajah tenang. Berharap supaya Rafeeqa menurut. Tak pernah-pernah Rafeeqa buat hal macam ni, mesti Mummy syak benda yang bukan-bukan.

“No. I’m not going back there.” Rafeeqa protes.

“Jangan berdrama Rafeeqa.”

“Serius ni saya tak nak balik ke rumah Mummy.”

Shahrizal bengang.

I have my own limits, pretty!

Dengan sekuat tenaga, pergelangan tangan Rafeeqa disambar Shahrizal dan ditarik menuju ke arah kereta. Kalau orang tengok gaya mereka berdua tak ubah macam telenovela suami dera isteri tapi yang sebetulnya ‘aku terpaksa kau dipaksa’.

“Dah cara elok awak tak nak, saya heret. Jangan sampai saya angkat lepas tu letak dalam bonet belakang.” Suara Shahrizal perlahan tapi tegas. Terpaksa dia gunakan cara yang ekstrem sedikit untuk memujuk isteri.

Please, Shah. Jangan buat macam ni. Saya nak balik. Seriously nak balik!”

Suara Rafeeqa jadi tinggi. Air matanya sudah merembes laju. Shahrizal takkan sikit pun tak nak berkompromi, jangan dipaksa kalau dia betul-betul tak nak.

Sedaya upaya Rafeeqa menahan kakinya yang bila badan sudah semakin terheret ke depan. Oh no! Tak nak balik rumah Mummy! Rafeeqa menjerit di dalam hati. Tangan kiri sempat mencubit lengan Shahrizal yang menarik lengannya tapi kalau setakat cubit ‘nyit-nyit semut’ mana Shahrizal rasa.

“Shahhhhh!”

Tak ada cara lain, Rafeeqa jerit sekuat hati. Pedulilah kalau satu kawasan Taman Paramount ni dengar dia menjerit macam mangsa ragut.

“Duh! Sakit. Sakit.” Rafeeqa merintih dengan suara minta kesian. Pergelangan tangannya dah mula terasa sakit. Boleh tahan kuat genggaman tangan Shahrizal.

Mendengar suara Rafeeqa yang kesakitan, Shahrizal terpaksa lepaskan juga. Karang tercabut lengan Rafeeqa menyesal seumur hidup dia berkasar dengan isteri.

Gedebuk!

Elok punggung  Rafeeqa landing di atas jalan tar. Rasa sakit tak usah cakap, rasa strawberi. Kedua belah tapak tangan mula terasa pedih terkena batu-batu kecil di situ. Apalah nasib dia yang bernama Rafeeqa Huda. Hati sakit. Telinga sakit. Badan pun sakit. Ni la kot kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga.

“Rafeeqa!”

Damn! Shahrizal dihenyak rasa bersalah.





“OUCH.”

“Tahan sikit.”

“Ouch!”

“Rafeeqa.”

Rafeeqa panggung kepala, menjeling Shahrizal yang duduk di sebelahnya. Tadi marah dia macam boleh meletup satu Taman Paramount, sekarang baik pula nak tolong sapukan ubat di tapak tangan yang bercalar. Tu pun entah berapa puluh kali dia menolak tapi Shahrizal degil sangat nak jadi jururawat tak bertauliah.

“Esok lusa, okey dah ni. Tahan sikit rasa pedih tu.” Shahrizal menyapu Dettol di tapak tangan isteri.

Rafeeqa pejam mata. Dari kecil sampai besar boleh dikira berapa kali saja badan dia tercalar atau sakit. Sebab tu pedih yang dirasai saat ini dia hampir tak dapat tahan walau hanya setakat calar kecil. Tadi kecoh ruang rehat dengan suara mereka berdua. Dia nak cuci kesan calar dengan air paip biasa, Shahrizal pula nak tunjuk hero sapukan Dettol. Harus Dettol jauh lebih pedih daripada air biasa.

Terketar-ketar tangan Rafeeqa menahan pedih. Makin nak ditarik, makin Shahrizal eratkan pegangan di tangan. Rasa bersalah sampai berbakul-bakul dah Shahrizal ni. Lengan Rafeeqa yang dicengkamnya tadi sudah berubah biru sedikit. Bukan sengaja pun sebenarnya. Kalau dia tahu badan Rafeeqa jatuh bergolek macam durian jatuh dari pokok, serius dia takkan lepaskan pegangan tangan walaupun Rafeeqa menjerit sampai ke bulan boleh dengar.

Melihat Rafeeqa menangis teresak-esak di atas jalan tar sampai memeluk lutut, Shahrizal jadi kaku. Pertama kali berkasar dengan Rafeeqa sepanjang perkahwinan mereka berdua dan itulah juga pertama kali dia melihat Rafeeqa menangis macam budak kecil yang kehilangan patung.

Daddy pernah mengingatkan, kalau isteri menangis disebabkan oleh dia bermakna dia melukakan hati isteri.

Kata Mummy pula, jangan sesekali berkasar dengan isteri walau marah macam mana pun dia pada Rafeeqa.

Ternyata dia tak mengambil serius kata-kata Daddy dan Mummy. Rasa hebat sangatlah kot sampai nasihat mudah begitu pun dia tak pandang. Sekarang Rafeeqa dah merajuk panjang sampai dia nak pujuk pun tak reti.

“Ouch!”

Shahrizal terpaksa hentikan sapuan. Dipandangnya Rafeeqa, wajah isteri berkerut menahan pedih. Sempat pula tu jeling-jeling bagi ‘that look’ tanda protes.

“Feeling better?” Shahrizal bertanya lembut. Botol Dettol dan kapas diletakkan di atas meja sebelah.

Rafeeqa tak menjawab. Feeling better rasa oren. Macam sengaja aje nak sapu Dettol sampai hampir habis satu botol. Niat tu memang nak menolong ke atau nak bagi pedih tangan halusnya yang dah bercalar-balar?

“Eh. Eh. Nak buat apa ni?”

Rafeeqa terkejut bila tangannya dicapai dan diletakkan di atas riba Shahrizal. Dari mana muncul bandage?

“Stay still, please.” Shahrizal tunjuk muka garang. Dia benci guna intonasi suara kasar tapi Rafeeqa selalu ‘naik kepala’ dan membuatkan dia terpaksa.

Dengan penuh hati-hati Shahrizal membalut tangan isteri bila Rafeeqa sudah tidak membantah. Suasana di antara mereka berdua sunyi. Tak ada siapa yang berbicara. Rafeeqa dengan rasa sakit hati yang masih ada dan Shahrizal pula dengan rasa bersalah yang masih tak berpenghujung.

Rafeeqa amati wajah suami. Bersungguh-sungguh benar Shahrizal nak membalut sampai rupa tangannya macam nak pergi boxing. Boleh aje kalau biarkan kesan calar terbuka tapi Shahrizal melebih sangat nak layan dia macam puteri.

Bentuk muka yang sedikit bujur. Hidung yang separa mancung. Bahagian tepi rambut dicukur kemas dan di bahagian tengah pula terpacak tegak. Puas Rafeeqa mengamati. Patutlah Husna tak peduli nak ambik laki dia. Stok kacak macam ni buat tidur Husna tak lena malam.

Macam muka siapa muka laki aku ni? Rafeeqa berfikir sendiri. Kot ada pelakon di tv yang iras Shahrizal tapi dia tak ingat nama.

“Done,” ujar Shahrizal.

Pandangan Rafeeqa beralih pada tangannya yang dah dibalut kemas. Hmm..not bad. Ni mesti masuk Persatuan Bulan Sabit Merah masa sekolah dulu.

Shahrizal berdehem dan mengatur duduk, merapatkan lagi tubuhnya dengan Rafeeqa di sebelah. Tanan sasanya singgah menepuk perlahan paha Rafeeqa. Dua mata itu bertaupan tapi tak lama bila Rafeeqa melarikan pandangan pada Aqua di dalam akuarium. Okey. Kalau Rafeeqa tak nak mulakan, biar dia yang buka mulut dahulu.

“Rafeeqa. I’m sure you owe me a lot of stories.” Secara tak langsung, itu adalah soalan untuk Rafeeqa.

Typical Shahrizal mana nak tanya direct, kena bengkang-bengkok dulu. Apa sebab Rafeeqa menangis? Apa sebab balik tanpa makluman? Itu yang dia ingin tahu.

“Nek Pah. You and Auni,” jawab Rafeeqa.

Rafeeqa bukan berkias macam Shahrizal, straight to the point saja terus. Tiga nama yang baru dia sebut adalah tiga sebab utama kenapa dia bertindak di luar alam. Melihatkan Shahrizal tenang dan menanti ayat seterusnya, Rafeeqa menyambung kata.

Firstly, Nek Pah. Tembak saya macam-macam. Secondly, awak. Dari mula kita sampai rumah Mummy, awak hilang sampai bayang-bayang pun tak nampak. Jangan cakap saya tak cuba cari, Shah. Thirdly, Auni. Memang panjang umur dia. And she seemed so happy linging around with you.”

Panjang lebar bicara Rafeeqa. Elok juga kalau Shahrizal tahu. Biar tak ada modal Shahrizal nak ‘fire’ apa sebab dia nak balik awal. Melihat wajah Shahrizal berubah riak terkejut, Rafeeqa tarik nafas dalam. Sekurang-kurangnya riak muka terkejut adalah jauh lebih bagus daripada riak muka marah Shahrizal.

“Nek Pah cakap apa?” Shahrizal ingin tahu.

“Biasalah. Nek Pah dan teori dia tentang perempuan yang tak cukup Melayu dan tradisional macam saya.”

Jangan buat-buat tak tahu tentang perangai nenek sendiri, Shah.

“Then what about Auni? I didn’t know you can get jealous.” Shahrizal skip sebab kedua, terus lompat ke sebab ketiga Rafeeqa.

Dia dengan Auni dah bertahun tak berjumpa. Borak lama-lama, sempat Auni minta temankan ke kereta yang terletak di jalan seberang sebab tertinggal kamera. Baru nak cari Rafeeqa untuk diperkenalkan, sang isteri dah blah.

Shahrizal menilai sendiri pepatah Melayu yang sering digunakan.

Cemburu tandanya sayang. Bolehkah diaplikasikan di dalam situasi dia dan Rafeeqa sekarang?

Wake up, bro! Rafeeqa cemburu saja-saja, Rafeeqa tak pernah sayang pun. Shahrizal mengingatkan diri sendiri. Tak payah mengharap sangat, sedangkan perasaan dia pada Rafeeqa pun so-so saja. Elok lah juga kalau Rafeeqa tak menyimpan apa-apa perasaan, nanti bila dah nak berpisah senang sikit cerita.

Rafeeqa tersenyum nipis. Pahit. Isteri mana yang tak cemburu. Lebih-lebih lagi soal nak pilih gadis mana yang patut dibuat menantu oleh Nek Pah buat Rafeeqa rasa macam nak terjun ke dalam laut. Tengok muka Shahrizal macam tak ada perasaan, selamba saja bertanya itu ini.

“Adakalanya saya rasa kecewa, Shah. Ada kalanya saya rasa sakit hati. At some points, I feel jealous. Abandoned and hopeless.” Rafeeqa luahkan perasaan.

Aduhai suami, buka pintu hati luas-luas. Cuba fahami isi tersirat yang ingin dia sampaikan. Shahrizal dah semakin kebal, tak mudah cair macam dulu. Kot agak susah untuk Shahrizal nak ‘tangkap’.

Lama Shahrizal diam. Tunduk dengan sebelah tangannya menepuk paha Rafeeqa seperti tadi.

“Mesti ada benda yang Nek Pah cakap sampai awak down sangat malam ni.” Shahrizal rasa tak senang hati. Rafeeqa tampak ‘rapuh’. Dan tak nak mentafsir luahan hati Rafeeqa lebih dalam, dia tolak tepi siap-siap.

Rafeeqa paut pipi Shahrizal. Dua pasang mata itu bertaup rapat. Lama.

“Apa akan jadi kalau kita betul-betul berpisah?” Rafeeqa usap lembut pipi Shahrizal.

“Will we both be happy?” Rafeeqa sentuh pula rambut Shahrizal yang terpacak tegak.

Nek Pah nak kita berpisah, Shah. Rafeeqa tak sampai hati nak berterus-terang dengan kenyataan yang satu itu. Nanti apa pula kata Shahrizal, dia sengaja memburukkan Nek Pah.

“Even if you’re gonna choose Husna over me, hate me not.” Bergenang air mata Rafeeqa.

Jangan benci saya, Shah.

Shahrizal terpana.

My dear Rafeeqa!

Tubuh Rafeeqa dibawa ke dalam pelukan. Soalan Rafeeqa buat Shahrizal turut tersedar.

Adakah mereka berdua akan bahagia dengan haluan masing-masing? Atau adakah akan timbul rasa menyesal andai perpisahan yang dipilih?




“HOT chocolate for you.”

Rafeeqa yang seronok melayan Jamie Oliver menggoreng salmon di tv menoleh. Aik? Mimpi ke? Cawan berisi minuman yang dihulur Shahrizal disambutnya. Padanlah juga. Hujan renyai-renyai di luar sana, ditambah pula dengan penghawa dingin yang terpasang membuatkan tubuh Rafeeqa sedikit kesejukan.

“Tengok apa?”

“Tengok Christiano Ronaldo sepak bola.”

Hish! Suka sangat Shahrizal tanya soalan ‘Abuden’. Mahu Rafeeqa tak menjawab dengan penuh sarkastik. Namun terukir juga senyuman di bibir Shahrizal. Punggungnya berlabuh di sebelah Rafeeqa. Sengaja main himpit-himpit, nak pujuk Rafeeqa malam ni. Minuman panas dihirupnya perlahan sebelum diletakkan di atas meja.

“Rafeeqa.”

“Hmm..”

“Sedap tak hot chocolate tu?”

Ops! Rafeeqa menahan senyum. Matanya masih bertumpu di tv. Dah lama tak dengar Shahrizal bagi soalan minta puji begitu. Mana dia tahu sedap, minum pun belum.

“Macam sedap salmon tu. Jamie Oliver ni memang cekap, doh. Boleh masak semua tu dalam masa 15 minit.”

Rafeeqa sengaja menukar topik. Soalan minta puji Shahrizal dibiarkan berlalu pergi. Mood tak berapa malam ni, baik duduk diam-diam. Hujung bantal yang dipeluknya dipintal-pintal.

“Tidur lambat malam ni.” Shahrizal keluar dengan topik baru. Rafeeeqa masih tak berminat nak berbual, kenalah berusaha lebih untuk hidupkan mood isteri.

“Hmm..’

Nak jawab apa lagi kan. Kira nak tengok Real Madrid lawan Malaga pukul 1 pagi nanti. Sekurang-kurangnya terubat juga sakit di tangan yang berbalut dan hati yang terluka kalau menghadap muka Christiano Ronaldo menyepak bola di dalam tv. Ahakz!

Shahrizal duduk lebih rapat. Tangan kiri didepakan di sofa di belakang Rafeeqa. Remote tv diambilnya dari tangan Rafeeqa dan tup...ditukar ke channel Animal Planet.

“Shah!” Rafeeqa berpaling memandang Shahrizal. Suka potong stim masa orang tengah teruja tengok aktiviti memasak. Nak tengok pasal koala bear yang sedang memanjat dahan pokok tu buat apa?

“We need to talk, Rafeeqa.”

Dua mata itu bersabung. Kalau susah sangat nak berkias dengan Rafeeqa, Shahrizal pakai plan B. Berterus-terang dan memohon maaf.

Nak cakap pasal apa? Nek Pah? Auni? Atau Husna? Pleaselah, Rafeeqa tak nak dengar semua tu. Dah kira okey dia dapat menahan rasa dan berlagak cool walaupun Nek Pah hentam puas-puas di rumah mertua tadi.

“Sorry bout your hand. Sorry bout Nek Pah. Sorry for hurting you today.”Lancar saja Shahrizal bertutur.

Ini bukan drama Mistress Hermanas atau sesi Mahal Kita, dia benar-benar ikhlas meminta maaf. Dia tak buta untuk mengagak perasaan Rafeeqa yang kecewa dan mungkin saja terasa dengan kata-kata Nek Pah. Kalau tak, masakan Rafeeqa tiba-tiba menyentuh hal perpisahan.

Oh!

Kenapa bila perkara itu menjadi topik, Shahrizal rasa ‘terancam’?

Takut kehilangan?

Now you know, bro!

Rafeeqa diam walhal di dalam hati....oh, tersentuh. Ya, marah Rafeeqa ni sebenarnya tak ke mana. Di dalam dia kecewa nak mampuih dan hati yang terluka, hatinya lembut untuk memaafkan kesalahan Shahrizal. Setakat tak sengaja membuatkan dia landing elok di atas jalan tar tadi, Rafeeqa tak menyimpan rasa tak puas hati. Malah dia dah maafkan terlebih dahulu.

Pasal Husna dengan Shah apa cerita? Semudah itukah dia memaafkan kecurangan suami?

No comment.

“Tak apa, Shah. No hal. Saya okey aje.” Rafeeqa ukir senyuman nipis.

Mungkin betullah kata orang, hati perempuan macam kerak nasi. Lama-lama lembut juga. Nak bergaduh tentang isu ‘orang ketiga’ di dalam rumahtangga mereka berdua? Huh, Rafeeqa bukan jenis yang begitu. Berdrama melebih bukan cara dia. Cool aje Rafeeqa. Kalau dah memang jodoh dia dan Shahrizal tak panjang satu hari nanti, dia tetap akan berlagak cool. Maaf nak jadi lemah yang menangis sampai keluar air mata darah, dia tak selemah itu.

“Lupakan hal hari ini, saya tak nak tidur dengan serabut di kepala. Then when we wake up by tomorrow morning, everything is fine and we can start a new day without thinking bout what had happened today,” sambung Rafeeqa.

Hoyeah, harus cool!

Shahrizal senyum. Typical Rafeeqa. Sentiasa bubbly. Tak nak dilihat sebagai seorang perempuan yang lemah. Mudah memaafkan dan melupakan. Ringan saja ciuman hinggap di dahi Rafeeqa.

“Thanks.” Shahrizal kenyit mata.

Senyuman Rafeeqa semakin melebar. Bad mood tadi tu tak ke mana juga akhirnya.

“Awal lagi ni. Anything you wanna do while waiting for your Christiano Ronaldo?

“Hmmm...”

Mood dah hidup semula. Ligat otak berfikir tentang aktiviti yang nak dibuat di malam hari. Dah lama tak pergi ‘eternity’ (clubbing) sebab dia dah tinggalkann zaman dajal. Dah lama tak menari macam Christina Aguilera. Dah lama tak menyanyi sampai sakit tekak.

Ting! Rafeeqa kenyit mata. Keluar idea luar alamnya.

“Buat konsert jom.”

Pecah ketawa Shahrizal tapi dia angguk juga. Melihat Rafeeqa bersemangat dan bangun mencapai S Note II di atas meja, Shahrizal dah dapat mengagak lagu apa yang Rafeeqa ingin nyanyikan.

Typical diva.

Muzik lagu yang mula berkumandang membuatkan Shahrizal spontan bangun.

“One day while my light is glowing, I’ll be in my castle golden, But until the gates are open, I just wanna feel this moment.”

Itu dia! Rafeeqa dah bernyanyi sebijik gaya Christina Aguilera sebaik lagu nyanyian artis kegemarannya bermula.

“My Worldwide, Rafeeqa Huda, Oye Mamita, come one dale, que la cosa esta rica.” Shahrizal bernyanyi bagi pihak Pitbull.

Rafeeqa ketawa besar. Yuhuu! Not bad, pandai menyanyi juga Shahrizal. Dua-dua mula rancak menari bila lagu ‘Feel This Moment’ rancak dipasang. Tarzan and Jane dah bertukar menjadi pasangan paling seksi malam itu. Lagak menari dan menyanyi tak usah cerita, sebijik gaya Pitbull dan Christina Aguilera di konsert Billboard 2013 tak lama dulu.

Dear Shah, I just wanna feel this moment. The happy us. The bubbly us.




p/s : Cos I like Pitbull. Cos I love Christina. Cos I admire them both. Cos this will be the last entry in the blog. Cos we will meet JBC in printed version soon :)  Thank u so much for the support dearies!  Not to forget to grab Mama Mia Shaza (MMS) in your nearest bookstore if you dont have one ya. Big hug and I love you all! :) 


Thursday, October 24, 2013

Jangan Benci Cintaku (JBC) 11

SEKEJAP tersenyum. Sekejap angguk kepala. Sekejap bercakap sepatah dua menjawab setiap soalan yang diajukan padanya. Rafeeqa rasa kekok sedikit. Ingatkan tak banyak saudara mara Shahrizal yang ada. Biasanya hanya ada keluarga terdekat saja. Tapi malam ini....mak oi! Tang berapa generasi semua yang hadir ni? Sampaikan hampir penuh kawasan kediaman mertuanya.

            Mata Rafeeqa melilau mencari kelibat Shahrizal. Tadi bukan main kata nak berkepit macam belangkas, tapi sekarang bayang-bayang pun dah tak nampak.

            “Tak ada plan nak timang cahaya mata ke?”

            Rafeeqa maniskan muka pada Lina. Tak ada soalan lain ke yang nak ditanya cik kak?

            “Setakat ni belum ada plan lagi. Mungkin dalam dua tiga tahun lagi,” Rafeeqa jawab terus-terang.
Hello...rumahtangga mereka berdua belum tentu kekal lama okey sebab Husna nak potong line. Nak ada anak apanya. Lagipun nak ada anak langsung tidak terdapat di dalam perancangan jangka pendek.

“Cepat-cepatlah beranak. Anak tu pengerat hubungan suami sendiri. Lebih-lebih lagi bila hubungan suami isteri tak berapa nak stabil.”

Amboi, menyindir ke apa sepupu Shahrizal yang sorang ni. Mulut spesis Joyah memang macam tu, kerja asyik nak ‘smashed’ orang. Rafeeqa mengatur duduknya di atas buaian.

“Tengoklah nanti. Saya dengan Shah belum rancang apa-apa lagi,” Rafeeqa menjawab sopan. Tak mainlah nak ‘smashed’ balik, nanti tak pandai habis sesi yang tak elok itu.

Best ke belajar di luar negara sampai awak sanggup tinggalkan Shahrizal?”

Doii...makin menyembur nampak. Lina dah mengangkat sebelah kening ala-ala Ziana Zain. Ni lah salah satu sebab kenapa Rafeeqa kurang gemar bercerita dengan Lina. Kalau tak menyindir, menyembur. Itu aje yang Lina pandai buat.

“Saya pergi jauh sebab nak belajar, nak kejar cita-cita. Plus, I didn’t leave him. I just being away from him for few years.”

Istilah tu kena betul sedikit, jangan main hentam. Rasa macam nak cramp bibir Rafeeqa memberikan senyuman plastik. Mata masih lagi mencari-cari batang hidung Shahrizal.

“Tu. Nampak tak yang pakai baju biru tepi tiang sana tu? Azmi, suami Rosey. Sekarang pun rumahtangga dorang agak goyah sikit sebab Rosey main kayu tiga. Azmi pula...” Lina tukar topik bila dah tak ada modal nak kenakan Rafeeqa.

“Don’t mind if I go to the kitchen. Tekak haus.” Selamba Rafeeqa memotong ayat Lina.

Malas okey nak melayan orang yang suka bergosip. Tak padan dengan muka cantik Lina tapi mulut...Oh jangan lupa, Rafeeqa kan diva dan diva macam dia takkan berminat dengan sesi menganyam ketupat. Hal sendiri tak sesempurna mana ada hati nak  jaga tepi kain orang.

Sampai di dapur, Rafeeqa memeluk ibu mertuanya yang sibuk menyusun buah tembikai ke dalam piring besar di kaunter.

“Sedap chicken pie yang Fika buat. Lain kali lepak dengan Mummy kat sini, kita buat sama-sama ya.”

Rafeeqa tersenyum lebar. Ala..kalau bukan Mummy yang puji siapa lagi kan? Potluck satu keluarga, semua bawa masakan Melayu. Yang dia sorang saja yang tersesat bawa chicken pie. Memang ‘sedap’ telinga pekena meriam buluh Nek Pah. Tak sedaplah. Tak menariklah. Tak reti makanlah. Paling tak menahan Nek Pah kata dia tak pandai memasak.

Masakan Melayu memang dia tak reti. Paling expert pun dia pandai sediakan ayam ros sahaja. Tu resipi yang kacang tahap petik jari. Cuma masukkan ayam dan kicap pekat, bawang bagai tak payah sebab Damia kata ayam ros memang resipi orang malas. Tapi kalau masuk bab masakan barat, Rafeeqa Huda jangan cuba dilawan. Taraf sampai boleh jadi Chef  Hell’s Kitchen. Tapi tu la...masakan yang dia pandai buat tak kena dengan lidah Nek Pah yang Melayu tulen zaman Hang Tuah.

“Jangan ambik hati dengan apa yang Nek Pah cakap. Nanti-nanti dia okeylah tu, ya.”

Macam tau-tau aje Mummy yang dia ni berkecil hati dengan Nek Pah. Nek Pah memang tak sukakan dia, jadi istilah ‘nanti-nanti’ tu takkan wujud punya.

I’m okay, Mummy. No biggie. Siapa yang masak soto ayam tadi? Sedappp!”

Rafeeqa mengambil tempat di sebelah Mummy. Teringatkan soto ayam yang dihidangkan tadi, sampai dua kali Rafeeqa minta tambah. Sepotong tembikai dicapainya dan baru dimasukkan ke dalam mulut, suara di belakang buat Rafeeqa tersedak.

“Baca doa makan tak ada terus sumbat masuk dalam mulut. Pandai cari menantu, Zaidah.”

Uhuk! Oh my!

Dalam banyak-banyak tempat yang ada di dalam banglo besar ini, di dalam dapur jugalah Nek Pah muncul. Belakang Rafeeqa ditepuk-tepuk Zaidah. Kesian pada menantu kesayangan, kut tertelan biji tembikai.

“Shah mana?” Nek Pah duduk di atas kaunter.

Usia dah menjangkau 66 tahun, tapi Nek Pah ni rock. Baju checkers berlengan panjang yang dilipat naik hingga ke paras siku, dipadankan pula dengan anak tudung berwarna hitam. Tapi berkain sarung cap pokok kelapa. Ehem...bagi chan sikit kat Nek Pah at least tampak bergaya walau fashion disaster.

“Ada kat luar tengah sembang-sembang.” Rafeeqa confident ayam menjawab sedangkan dia sendiri pun tak tahu Shahrizal ke mana.

Niat yang masih nak makan buah tembikai terpaksa ditolak tepi. Serius dia takut kalau tengok muka Nek Pah yang garang ala-ala Queen Latifah.

“Lain kali masak sedap sikit. Yang Fika masak tu tak sedap.” Nek Pah tunjuk muka garang dengan isteri cucu kesayangan. Bukan tak sedap sebenarnya tapi dia tak reti makan. Biasalah tekak orang tua macam dia ni kalau bukan hidangan Melayu memang susah nak dihadam.

Nek Pah pandang Rafeeqa dari atas sampai bawah. Blouse longgar satin tanpa lengan yang berwarna merah. Siap dengan rantai mutiara dipakaikan di leher. Fesyen planet mana budak ni pakai? Nak kata tak cukup duit untuk beli baju yang cukup kain, tak juga.

Mata Nek Pah beralih pula pada benda bercorak polka dot di atas kepala Rafeeqa. Orang panggil apa...ha..headband! Macam tak sesuai pulak dah jadi isteri orang tapi masih pakai benda yang budak kecik biasa pakai.

Rafeeqa rasa tak selesa. Oh please lah, Nek Pah. Nak buat inspection bukan sekarang, kalau ditegur malu dia di depan sanak saudara Shahrizal yang lain yang turut ada di situ. Masih teringat ayat-ayat Nek Pah bila dia mula-mula menjadi isteri Shahrizal.

Rafeeqa tak sesuai dibuat isteri.
Rafeeqa tu kurang ajar sikit.
Rafeeqa tak sayang suami.
Rafeeqa cetek ilmu agama.

Gosh! Nasib dia jenis yang tahan kuat macam batu-bata. Kalau tak, dah lama dia bergaduh dengan Nek Pah sebab mulut terlebih meriam buluh. Agak-agak ni sekarang Nek Pah masih benci dia dalam-dalam macam dulu tak? Atau rasa benci tu dah kurang sikit?

“Fika, Nek Pah tanya tu.”

Alamak! Jauh kau terbang, Fika! Muka Rafeeqa blur. Matanya berlawan pandang dengan mata Mummy yang mengangkat kening berkali-kali tanda bagi isyarat. Bila beralih pula pada Nek Pah, muka Nek Pah tampak garang. Uhuk!

“Nek Pah tanya apa, Mummy?”

Mata Rafeeqa masih memandang Nek Pah tapi soalan diajukan pada Mummy. Secara tak langsung dia nak tanya Nek Pah lah tu.

“Nek Pah tanya, bila nak tambah ahli? One at least. Tak pun twins.” Mummy kenyit mata dengan muka teruja.

Ini bukan kali pertama Nek Pah tanya benda yang sama. Zaidah sendiri pun tak pernah dengar ura-ura anak dan menantu nak ada anak, terpaksa cover kata Rafeeqa tak bersedia sebab masih belajar. Bukan dia tak sedar perubahan di dalam perhubungan Rafeeqa dan Shahrizal tapi Zaidah tepis jauh-jauh perasaannya itu.

“Err...nanti Fika tanya Shah.”

Jawapan pendek tapi itu yang terbaik Rafeeqa dapat fikirkan. Gila nak cakap ‘Tak ada plan lagi sebab Shah ada awek baru’.

Mama dengan Papa rileks aje tak pernah tanya sebab tahu sangat perangai anak tunggal mereka ni macam mana. Sebab tu soalan Nek Pah dan Lina tadi dikategorikan sebagai soalan ‘Who wants to be a millionaire’.

Takut nak ‘ditembak’ dengan soalan seterusnya, Rafeeqa meminta diri untuk ke luar rumah. Konon nak mencari Shahrizal, nak minta kunci kereta sebab telefon bimbit tertinggal di dalam kereta. Lagi cepat keluar lagi bagus, taklah hati makin sakit kalau Nek Pah buka mulut lagi.

“Kan mak dah kata, budak Fika tu tak masuk kepala. Dulu kenapa tak ambik aje Auni jadi menantu? Heran mak.”

Langkah Rafeeqa terhenti separuh jalan. Baru saja beberapa langkah dia keluar, Nek Pah dah hentam Mummy. Tahulah dia bukan pilihan Nek Pah. Tahulah dia bukan Auni. Tahulah dia terkurang sana sini. Tapi perlukah kalau hal lama diungkit? Anggap ajelah Shahrizal dan Auni tak ada jodoh.

Rafeeqa menghela nafas berat. Mood nak beramah mesra dibuang ke laut. Berdiri di tepi tiang besar di bahagian belakang rumah, dia cuba mencari Shahrizal di celah saudara mara yang hadir.

“Sorang-sorang ke?”

Terkejut Rafeeqa bila ada suara menyapa di telinga. Toleh kanan, seorang lelaki berdiri di sebelahnya dengan senyuman buaya. Pengalaman berhadapan dengan lelaki spesis buaya sangat banyak, jadi tak susah nak menilai senyuman ‘mengorat’ si empunya badan.

Rafeeqa buat-buat tak dengar. Berpeluk tubuh dan masih berharap agar mata dapat scan kelibat Shahrizal di situ.

“Sorang-sorang ke?”

Oh soalan murah diajukan kali kedua! Rafeeqa kerling ke kanan. Tak pernah pulak tengok muka lelaki di sebelah ni. Mungkin saudara jauh Shahrizal.

“Tak. Saya tengah memasak dengan mak mertua.”

Ambik kau! Rafeeqa jawab sarkastik. Nasiblah kalau kena cakap sombong, dah dia memang tak ada mood nak buka cerita.

And by the way, I’m married to Shahrizal. Kenal tak? Yang tinggi lampai pakai T-shirt berwarna kuning tadi?” sambung Rafeeqa dengan senyuman yang dibuat-buat. Maaf, nak melayan lelaki bukan tersenarai di dalam favourite list dia.

Hampir mati senyuman buaya di sebelah. Liat minah ni. Melepas lah juga nak mengorat sedangkan yang di depannya ini adalah isteri orang. Nama apa...Shahrizal? Dia tak kena kalau saudara yang dah jauh.

Mata Rafeeqa terarah pada Shahrizal yang muncul dari pagar utama. Namun yang menarik perhatian Rafeeqa adalah gadis yang berada di sebelah suami. Cara bergurau dan bergelak ketawa, dia tahu Shahrizal rapat dengan si gadis. Rafeeqa amati betul-betul. Seketika kemudian....

“Damn....” Terpacul perkataan keramat dari bibir Rafeeqa secara tak sengaja.

Cemburu? Yeah!

Apa yang lelaki di sebelahnya ini tanya, Rafeeqa langsung tak dengar. Malah dia langsung tak pandang. Perlahan langkah kaki diatur menuju ke dapur semula. Auni. Panjang umur sepupu Shahrizal. Dia memang dah sedia tahu yang Shahrizal dan Auni rapat sejak kecil. Tapi takkan dah jadi suami orang pun masih tak ada boundary kot.

Kenapa tiba-tiba muncul di sebalik pagar utama rumah? Rafeeqa buat andaian yang bukan-bukan tapi dia tolak semua itu jauh-jauh. Tak nak berprasangka buruk dengan suami sendiri.

Tak jauh dari pintu dapur, Rafeeqa berkira-kira nak masuk ke tak. Kalau masuk, sedia kena hentam Nek Pah lagi. Kalau tak masuk, hati makin sakit melihat kemesraan Shahrizal dan Auni. Lama Rafeeqa statik.
Alaa...buat pekak aje. Tahan hati biar kebal sedikit. Rafeeqa melangkah masuk ke dalam dapur. Mummy dan Nek Pah dilihatnya masih duduk di tempat yang sama. Langkah kaki Rafeeqa berat. Jantung Rafeeqa terasa bagaikan terhenti. Otak rasa blur.

“Tapi mak...”

“Takkan kali ni pun tak nak dengar cakap mak. Fika dan Shah tu takkan ke mana. Rasanya jodoh mereka tak lama. Shah patutnya dapat cari isteri yang lebih baik. Tu la, pandai-pandai nak carikan jodoh untuk cucu mak. Sekarang apa nak  jadi?”

“Dua-dua masih muda lagi, mak. Nanti-nanti akan eloklah tu. Fika pun dah habis belajar, bolehlah tumpukan perhatian pada rumahtangga.”

“Nak tunggu sampai bila baru nak elok, Zai? Tak kesian ke dengan anak sendiri? Mata tua mak ni tengok Shah tu tak gembira tahu tak.”

Rafeeqa dah tak sanggup mendengar. Emosi yang tak stabil melihat kemesraan Shahrizal dan Auni tadi masih tak okey lagi, sekarang ditambah lagi dengan setiap butir bicara Mummy dan Nek Pah.

Dia bukanlah budak kecil yang tak dapat mentafsir maksud tersirat Nek Pah. Perkataan yang paling dia tak suka berlegar-legar di dalam benak fikiran.

Cerai.

Sampai hati Nek Pah. Jahat sangat ke dia ni sampai Nek Pah sanggup melihat rumahtangga dia dan Shahrizal runtuh?

I need my Shah!

Cepat-cepat Rafeeqa berlalu keluar dan mahu mendapatkan Shahrizal. Tapi langkah kaki terhenti tatkala melihat Shahrizal masih seronok bercerita dengan Auni di sebelah kolam renang. Rafeeqa kecewa sampai tak tahu nak bereaksi macam mana. Matanya melihat sekeliling. Sanak saudara Shahrizal semua tampak gembira. Tak macam dia yang sedang menahan air mata dari gugur sekarang ini.

Dalam itu, dia tersedar satu persamaan di antara semua yang hadir. Semua pun bertudung. Semua pun menutup aurat kecuali dia seorang. Mata Rafeeqa terarah pada badannya sendiri. Jeggings. Blouse satin longgar tanpa lengan.

Oh! Dah dapat agak! You are SO not their type, dear darling!

Dia tak sebaik mereka di sekeliling. Dia tak sesempurna semua yang ada. Harus Nek Pah tak pernah berkenan. Agaknya memang inilah sikap typical manusia. Mudah sangat menilai hanya berdasarkan sudut luaran. Semua yang sama jenis macam dia ni jahat ke? Tak layak dibuat isteri?

Rafeeqa tak mahu menunggu lama. Biarlah nanti Shahrizal nak cari ke tak. Tengok gaya sekarang pun macam Shahrizal dah lupa yang isteri dia turut ada di sini.

Berlalu ke sofa di ruang tamu, Rafeeqa mencapai tote bag miliknya. Langkah kaki? Selamba dia keluar menuju ke pagar utama. Family gathering begini bukanlah tempat untuk orang seperti dia.

Beberapa puluh meter sudah jauh meninggalkan rumah mertua, Rafeeqa mendongak memandang langit. Melihat bintang-bintang yang menghiasi langit gelap, dia berfikir sendiri. Andai dia ingin menjadi secantik bintang di hati semua yang tersayang di sekeliling, mampukah dia menghiasi hidup mereka dengan kehadiran dia di sisi? Dan tatkala melihat bulan yang menyinari malam, muncul soalan kedua di benak fikiran. Andai dia ingin menjadi seterang bulan di hati semua, mampukah dia menyinari di saat mereka hilang arah tuju dan hidup di dalam gelap?

Sebab jawapan ‘tidak’ lah dia berada di dalam situasi ini sekarang.

Oh, I am so not perfect!

Air mata yang ditahan tadi akhirnya jatuh juga. Rafeeqa percepatkan langkah. Air mata diseka dengan belakang tapak tangan.

Be strong, dear darling!

Tak tahu ke  mana hala tuju tapi harap-harap ada teksi yang akan lalu di jalan besar atau ERT menuju ke KL Sentral. Nak balik. Nak mandi air panas. Nak menangis puas-puas. Semakin lama, air mata Rafeeqa mengalir semakin laju seiring dengan langkah kakinya.

Pettt!

Rafeeqa terkejut. Bila dia berpaling, kereta yang berhenti betul-betul di belakangnya buat dia tegak macam patung.

“Where the heck do you wanna go?!”

Lidah Rafeeqa kelu. Apa nak jawab?


p/s : Patah hati bila Shah tak disukai but super happy to know that my dearies enjoyed reading sampai rasa nak smackdown shah ;) kita tunggu JBC sama-sama ya., soon dearies. Have a good rest and good night everyone. big hug! <3