Saturday, August 6, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 11

BAB 11


            TO lose someone you love is shitty...

            Aladin tarik nafas dalam. Ayat tu menggerunkan okey. Fikir semula apa yang terjadi petang tadi, serius gerun. Puntung rokok dibuang ke balkoni hostel. Kalau dikumpul semua puntung rokok di sini boleh buat jadi busut semut. Banyak giler tak usah cerita. Dah nama pun port melepak.

            “Kat sini rupanya. Apasal lepak sorang-sorang?” Andi datang menyapa di sebalik pintu balkoni. Tadi nampak asap berkepul-kepul dari dalam sana, dah agak mesti Aladin melepak di sini. Aladin hulurkan kotak rokok tapi Andi geleng kepala.

            “Didi mana?” Andi duduk mencangkung.

            “Kat bilik.”

            “Okey tak?”

            “Tengah tidur. Okey rasanya.” Aladin lontarkan pandangan ke apartment bersebelahan hostel.

            Dara...Dara....bikin hati risau tahap Songoku Supersaya. Entah macam mana boleh terjatuh ke dalam tasik petang tadi. Dahlah tak pandai berenang. Ada hati pulak sang cinta nak bercanda ria kat tepi tasik. Kalau sambung aje main freesbie dengan pelajar perempuan yang lain tak boleh ke?  Tunggu Dara dah betul-betul okey baru tanya cerita dari A sampai Z. Ada yang kata Sasha tolak Dara. Ada yang kata Dara tergelincir jatuh bla bla bla..dia takkan percaya selagi tak dengar dari mulut Dara sendiri.

            “Tadi Mike tanya aku pasal Didi. Aku cakap semua okey, tak ada hal besar. Risau juga kalau Mike bawa sampai ke pihak atasan, jenuh kita nak jawab. Then there goes semua rules yang crappy terpaksa nak kena ikut.” Panjang lebar Andi menerangkan pada Aladin.

            Sebenarnya kira isu besar sampai satu Kursk tahu. Budak-budak yang tinggal apartment, hostel semua tahu cerita. Dia yang tak pergi barbeque pun tahu. Sampaikan KMSA (Kursk Malaysian Student Assosciation) bising konon nak report kat pihak universiti. Lepas tu bagi kedutaan Malaysia kat Moscow tahu.  Tolonglah, selagi masih boleh cover diam-diam ajelah. Nak buat kecoh apasal. Lagi satu, nasib baik Dara tak ada apa-apa!

            “Menyesal jugak bawak Dara pergi barbeque. Memang tak patut ajak dia sekali. Kalau terjadi lebih teruk, apa aku nak jawab kat mak bapak dia bro?”

            Wujud perasaan kesal di hati Aladin. Teringat peristiwa petang tadi, panik tak usah cerita bila Dara tak kelihatan langsung di tasik. Dia bukanlah hero terhebat, tapi nasib baik otak cepat bertindak. Dara terkapai-kapai di dalam air, tinggal nak tenggelam ke dasar tasik aje lagi. Kalau dia terlambat seminit dua, apa akan jadi dengan Dara? Serius dia takkan maafkan diri sendiri sampai mati.

            Nasib baik Dara tersedar bila dibawa naik ke tebing tasik. Dara takut sangat sampai muka pucat lesi. Peluk dia macam tak nak lepas. Menangis macam budak kecil. Dara...Dara...losing you would be the last thing in my mind...

            “Lain kali hati-hati, bro. Jap. Didi memang tak pandai berenang ke?” Andi berdiri semula. Sakit kaki duduk mencangkung lama-lama.

            “Ya. Nak terapung atas air pun tak reti.”

            “Then teach her how to swim. So that she can survive next time even without you.” Andi tepuk bahu Aladin. Dia tak pandai beri nasihat. Dia pun dua kali lima macam Aladin juga. Bukan reti sangat menjaga Callie. Tapi kalau setakat bagi idea bolehlah. Manalah tahu satu hari nanti bila perkara yang sama berulang, sekurang-kurangnya keadaan tak teruk sangat macam tadi.

            “Thanks, bro. Kau dengan Callie apa cerita? Jadi pindah keluar?”

            Aladin korek sedikit cerita Andi yang senior satu semester ni. Memang kamceng juga dengan Andi, biasalah kalau satu kepala turun naik kelab memang automatik jadi rapat. Dengar khabar Andi dah nak pindah keluar dengan kekasih hati, Callie. Duduk hostel lama-lama pun tak best jugak, terlalu terikat dengan peraturan dan berkongsi semuanya dengan pelajar yang lain. Kalau duduk apartment ada privasi yang semua  mereka mahukan.

            “Jadi. Apartment kat Sadovaya. Pindah hujung bulan ni.”

            “Berapa bilik?”

            “Satu bilik aje. Only me and her so kira okeylah satu bilik.”

            “Sewa berapa?”

            “8000 roubles per month.”

            “Okay what. Standard la tu kat area Sadovaya, lagipun dekat dengan hospital. Senang sikit.”

            “Kau macam mana? Masih nak stay sini atau keluar stay dengan Didi?” Andi bertanya. 

Aladin boleh tahan kalau masuk bab perempuan. Tak tahulah kalau Aladin serius dengan Dara atau macam dia layan perempuan yang lain juga.

            “Stay sinilah, bro. Dara tak boleh kacau. Dengar nama pun buat aku fikir dua kali nak redah.” Aladin terus terang.

            Meledak ketawa kedua-duanya. Betul apa, nama pun dah Dara Dahlia. Nasib baik tak payah CPR Dara petang tadi. Kalau tak memang makin angau dengan Dara.

            “Jaga dia. Macam kau jaga diri sendiri. Kalau terlepas, putih mata pun tak guna.” Andi sambung beri nasihat.

            Aladin setakat angguk kepala, tekun jugak dengar ayat-ayat Andi. Andi kan lebih berpengalaman. Setia pada yang satu pulak tu. Kalau tak mustahil cinta Andi pada Callie masih utuh sampai sekarang.

            “Al...”

            “What?”

            “Kalau Didi serah diri apa kau nak buat?”

            Damn! Ni soalan menguji ketahanan iman ke? Cool aje muka Andi bagi soalan cepumas macam tu, dia pula yang jam macam ada soket rosak kat dalam kepala.

            “Err...no idea, bro. Aku ngap aje kot.”

            Ketawa Andi pecah lagi. Sah mereng otak kawan sorang ni. Kepala Aladin diketuknya.

            “Kau jagalah dia, bro. Dah nama pun Dara. Nama tu ada maksud yang mendalam.” Andi masih dengan sisa ketawanya.

            Aladin sengih. Dear Dara,  if it really happens...the best thing I would do is...




            TENGOK aje muka Dara yang sedang lena tidur, Aladain rasa lega. Muka Dara tampak tenang, bermakna tak ada mimpi buruk mencelah di dalam tidur.

            “Kenapa tenung Didi macam tu?” Dian yang duduk bersila di atas kerusi bertanya. Aladin pandang Dara lain macam. Kalau ditafsir dengan mata kasar, gaya Aladin macam ini lah kali terakhir dia tengok Dara. Macam takkan berjumpa esok lusa.

            Aladin yang duduk di lantai sambil bersandar di katil Dian dan menghadap Dara di seberang menoleh Dian sekilas.

            “I thought I would lose her today.” Pandangan Aladin beralih semula pada Dara yang nyenyak tidur.

            Sedap aje Dara tidur, dia dengan Dian tak ada rasa kantuk langsung. Dian seronok menghadap Meredith dan Mr Mc Dreamy di skrin laptop.

            “Didi sebenarnya tak nak ikut. Tapi tak nak awak kecik hati, dia pergi jugak.”  Selamba mulut Dian membongkar rahsia dia dan Dara. Dari minggu lepas lagi Dara cakap tak nak. Tapi tak nak Aladin banyak tanya, dia pergi juga. Tup tup hari ni menyelam kat dalam tasik tanpa sengaja.

            “La...kenapa dia tak bagitau kat saya? Terus terang.” Aladin bernada kecewa. Bukan main teruja lagi Dara bila dia ajak sama. Manalah tahu Dara cuma nak sedapkan hati dia.

            “Entah. Tak nak awak down lah tu.”

            “Any reason why she did not want to join in the first place?”

            “Sasha. Dia tahu Sasha ikut barbeque.”

            Alahai apa pasal mulut masin ni ringan sangat bagitau kat Aladin semua ‘girls talk’ dengan Dara. Kalau Dara tahu, dengan dia sekali Dara barbeque kat depan hostel.

            Aladin mengeluh. Dara...Dara...

            “Kenapa Dara tak pernah ngam dengan Sasha?”

            Mata Dian sikit lagi nak naik juling ke atas. Hello encik...siapa yang tahan dengan perangai Sasha tu?

            “Bukan Didi aje yang tak ngam dengan Sasha, semua orang tak ngam dengan minah tu. Bajet perasan hebat sungguh lah tak menahan. Sombong pulak tu. Tahulah senior tapi still...setakat senior satu sem aje pun nak tunjuk lagak.”

            Panjang berjela komen negatif Dian. Maaflah, bukan sengaja tapi yang sebetulnya memang dia tak nampak langsung kebaikan Sasha. Ada saja yang tak kena. Sebab tu Dara gelarkan dia shitty lock.

            “Saya tengok okey aje Sasha tu. Maybe not in contact yet.” Aladin tak ada komen. Biasalah perempuan ni banyak konflik. Tak puas hatilah. Tak suka tengoklah. Paling banyak negatif segala. Serius tak faham.

            “What???” Dian tekup mulut bila suaranya meninggi.

            Tang mana yang okey nya Sasha tu cik abang oiiii...entah mamat ni buta ke buat-buat tak nampak apa yang orang lain nampak kat Sasha. Malas Dian nak sambung cerita, matanya terarah semula pada skrin laptop. Layan Greys lagi bagus daripada layan Aladin yang tengah layan blues kat tepi katil.

            “Dian.”

            “What?” Dian jawab acuh tak acuh. Sila jangan tanya soalan yang boleh buat dia terjun ke dalam tasik.

            “Budak dari Iran yang tinggal kat wing sebelah minat kat awak.”

            “Really???” Mata Dian membuntang. Automatik pandangannya beralih semula pada Aladin.
            “Dia tanya nama awak. Asal mana. Single ke tak.”

            Kembang kempis hidung Dian. Pipi dah bertukar warna merah jambu. Topik yang macam ni dia tersangatlah suka berbanding topik Sasha tadi. Teddy bear dipeluknya erat.

            “Budak Iran yang mana satu ni?” Dalam fikiran dah terbayang-bayang muka lelaki idaman.

            Hidung mancung. Bulu mata melentik. Tinggi dan tegap. Ada jambang yang messy sikit. Auwww...dah sampai Pluto kau berangan cik kak!

            “Yang pendek-pendek tu. Rambut panjang serabai macam tak syampu tiga hari.”

            Jatuh rahang Dian. Mata tak berkedip memandang Aladin yang dah menahan senyum. Lelaki Iran yang selalu ponteng kelas tu ke? Yang selalu lepak kat dapur sambil hisap rokok sampai habis satu kotak tu? Oh nooooooo....

            “Tak naklah!”  Rasa excited Dian dah jatuh ke dalam gaung. Rasa macam nak halau aje Aladin keluar dari bilik. Harapan palsu sungguh. Sukalah tu tengok dia kecewa tahap tak tahu nak cakap apa, Aladin dah tergelak sambil menutup mulut. Tak nak Dara terbangunlah tu.

            “Jangan pandang rupa aje, Dian. Mana tau budak tu budak baik.” Aladin masih menyakat.

            “Yeah, right.” Dian dah tak nak layan. Biarlah Aladin duduk kat situ sampai pagi. Tengoklah muka Dara tu sampai lebam.

            “Al.”

            “What?”

            “Didi likes your chocolate drink. Tapi dia tak pernah mengaku.” Kata tak nak sambung cerita, tapi mulut Dian masih ringan nak suap Aladin dengan info tentang Dara.

            Aladin tersenyum. Mata tak lepas memandang Dara. Dia merapati kaitl Dara. Rambut yang menutupi sebahagian wajah Dara dielus lembut.


            Dara Dahlia is really one of a kind. Oh ya, Dara kan kaktus!



p/s : Enjoy the next chapter! Ni as a token of honor for all the support all the while! ;) 

No comments:

Post a Comment