Monday, October 9, 2017

Dear Sam ( Bab 6 )




UHUK! Uhuk!

Sam terbangun bila terdengar bunyi bising di dalam bilik air. Pembaringan di sebelah diraba. Bella dah tak ada. Jam di atas meja kecil bersebelahan katil diamati. Awal gila Bella bangun sedangkan baru pukul empat pagi. Biasanya Bella adalah yang paling liat kalau bab bangun pagi.

Uhuk! Uhuk!

Tubuh Sam automatik duduk di atas katil.  Pintu bilik air dillihatnya sedia terbuka.

“Bella. Are you okay?” Langkah kaki diatur laju menuju ke bilik air bila Bella tak menjawab.

“Awak okey tak ni?” Belakang Bella yang sedang membongkok di hadapan sinki diurut.

“Muntah dari tadi. Pening-pening. Tak selesa.” Bila Bella mengangkat wajahnya, dia sendiri terkejut. Mak aiii pucat macam jembalang air. Dia cuba untuk senyum pada Sam.

“Kenapa tak bangunkan saya? Dah berapa kali awak muntah? Ada cirit birit tak? Demam?” Spontan tubuh Bella dipalingkan menghadapnya. Dahi tak juga panas.

Otak berputar ligat. Nak kata keracunan makanan, tak adalah makan benda pelik-pelik aka bizarre food untuk makan malam tadi. Bella cuma hadap pancake coklat di DipnDip. Sebelum tidur Bella minum susu. Itu aje.

Bella geleng kepala. Satu soalan pun tak berjawab. Dia sandarkan tubuh ke dada Sam.

“Saya nak tidur.” Suara Bella perlahan.

Sekejap saja, tubuh isteri didukung Sam ke atas katil. Tubuh Bella ditutup dengan comforter dan dia mengambil tempat di sebelah.

“Kita pergi hospital ya.” Sam memujuk.

Bella geleng kepala. “Emergency Department adalah untuk kes kecemasan. Kes macam saya, esok pun boleh tunggu.”

Lagipun nanti pukul sembilan pagi bukalah klinik Dr Siti. Dia masih boleh tunggu sampai pagi. Dan Bella sendiri tak sedar bila dia terlena semula.

Buka saja mata pagi itu, wajah comel Ara di depan mata.

“Pagi, Mama.” Ara cium pipi Bella.

“Good morning, sweetheart.”

Kalau sakit teruk macam mana tu, pasti akan melayang jauh bila wajah comel Ara muncul di depan mata macam sekarang. Ara adalah pengubat bagi segalanya untuk Bella.

“Mana Papa?” Suara Bella serak.

“I’m here.”

Aik? Bila pulak dia muncul kat sebelah kiri. Bella senyum. Berseri-seri muka Sam dengan senyuman lebar sampai telinga.

“Tak kerja?” Bella cuba bangun tapi kepala yang berat memaksanya untuk baring semula.

“Jangan risau tentang saya. Work can wait because you are more important.”

Adoyaiiii....pagi-pagi dah melting dengar ayat Sam. Bella sengih sendiri. Kalau versi kartun mesti muka dia dah bertukar jadi tomato yang merah.

“Mama sakit. Hari ni Ara kemas rumah. Papa tolong Ara kan?” Petah mulut Ara bercakap. Elok aje duduk bersila sambil menyilang tangan di sebelah.

Sam dan Bella sama-sama tergelak. Iya kan aje ayat si anak. Sam mencapai mug di atas meja.

“Nah, minum ni.”

Muka Bella berkerut. Ginseng zaman mana ni? Dapat dilihat dengan jelas potongan halia terapung-apung di dalam mug.

“Untuk apa ni?” Dahi Bella berkerut.

“Minum. Supaya awak tak muntah lagi.”

“Boleh percaya ke?” Bella ragu-ragu.

Sam tergelak.

“Minum ajelah. Dulu kalau tiap kali hangover saya minum teh halia. Memang berkesan.”

Seketika kemudian, dua-dua terdiam.

Hangover? Sam cekau cerita zaman dinasour? Bella tak bereaksi. Dia capai mug di tangan Sam dan dihirup perlahan.

“Bella, sorry. I didn’t mean....”

“Tak apa. Thanks anyway.” Bella memintas.

Damn!

Super damn!

Sam nak luku kepala sendiri. Dah tahu Bella sensitif kalau masuk cerita lama, yang kau sebut jugak perkataan ‘hangover’ tu apasal? Memang mencari bala.

“Tak sedap pun.” Wajah Bella asam. Rasa teh memang ke laut, ke hulu tak ke hilir pun tak. Tapi dia paksa juga minum sampai habis. Nak cuba juga mana tahu teori Sam boleh diguna pakai.

“Nanti saya buatkan lagi.” Mug bertukar tangan dan diletakkan Sam di atas meja.

“Tak payah. Tak nak. Dan takkan minum lagi.”

“Bella.” Sam bagi pandangan tajam.

“Tak nak. Awak juga yang ajar saya untuk cakap tidak atau tak nak kalau saya tak suka kan?”

Fuh! Triple damn! Kena sebijik dari Bella dan Sam akhirnya diam, tak nak paksa lebih. Nanti Bella angin lagi teruk.

“Papa, jom minum susu.” Ara memecah rasa janggal di antara mereka berdua. Sam menurut saja. Anak kecil macam Ara mana tahu apa-apa. Kalau boleh dia dan Bella langsung tak nak Ara tahu kalau setiap kali mereka berdua berselisih faham.

“Sorry again. I love you.” Ciuman hinggap di pipi Bella sebelum Sam dan Ara menghilang ke tingkat bawah.

Mata Bella terkebil-kebil memandang siling. Entah kenapalah emo sangat dia sejak akhir-akhir ni. Mudah terasa. Sensitif. Mudah ambik hati. Nak kata datang bulan, dia tak pernah begini sebelum atau semasa datang haid.

Dengan langkah yang berat dia menuju ke bilik air. Rasa bersalah sebenarnya sebab semua hal Ara terpaksa diuruskan oleh Sam. Nak buatkan susu Ara pun Sam yang tolong. Lama Bella berdiri di hadapan cermin.

Tak ada mood.
Tak ada selera makan.
Tekak tak selesa.
Badan lemah semacam.

Haih....dah nak jatuh sakit kot. Bila Bella tunduk mahu mencuci muka, titisan darah yang tiba-tiba menitis di sinki buat dia terkejut. Spontan dia mengangkat semula wajahnya.

“Damn!” Darah yang mengalir keluar dari hidung kirinya dilap.

Kau dah kenapa Bella?

Bella terdiam....




SORRY. I LOVE YOU.

Bella sengih sendiri membaca kad kecil yang diselitkan bersama jambangan bunga yang diletakkan di atas meja. Pandai juga Sam pujuk dengan bunga.

“You like them?”

Bella sedikit terkejut. Sam sudah elok duduk di atas kerusi di island table dengan senyuman.

“Siapa yang tak suka bunga?” Bella cuba jual mahal. Malu nak tunjuk muka riak teruja dapat bunga ros berwarna merah jambu. Ikut hati dia nak lompat bintang sebab gembira tahap petala.

Sam ketawa kuat. Bella....Bella...sekurang-kurangnya Bella dah kembali ceria dan dah tak muntah macam awal pagi tadi. Dia puas pujuk Bella untuk ke klinik tapi Bella tolak mentah-mentah. Nak paksa pun tak boleh jugak, nanti Bella lancarkan mogok.

“Mana Ara?” Bella bertanya sebab kat ruang tamu sunyi aje.

“Tidur.”

Patutlah rumah tak riuh, anak patung bergerak dah tidur. Lincah tangan Bella memindahkan jambangan bunga ke dalam pasu kaca di atas island table.

“Thanks, Sam.” Bella tak lekang dengan senyuman.

“Anything for you, sweetheart.”

Chewah! Makin berbunga hati Bella. Akhir-akhir ni mulut Sam manis. Ya lah, jenis macam Sam jarang-jarang nak jiwang.

“At least awak tak petik bunga ros saya yang kat depan tu.”

Ayat selamba Bella buat tawa Sam pecah, malah lebih kuat berbanding tadi. Pandai Bella kenakan dia.

“Bella.”

“Hmm.”

“Give me your hand.”

Bella hulurkan tangan kanan. Terasa macam di awang-awangan bila tangannya dikucup Sam sebelum digenggam erat.

“Saya cintakan awak sampai bila-bila. Saya tak pandai jadi romantik. Pergi candle light dinner. Heavenly trip. Atau bagi ayat-ayat cinta macam yang awak biasa tengok kat tv. Saya tak pandai semua tu. Tapi saya betul-betul cintakan awak.” Suara Sam bersahaja.

“Sorry if any of my words had hurting you today. But always remember that my past has nothing to do with you. Awak dan Ara adalah kehidupan saya sekarang. Sampai bila-bila.” Tangan Bella sekali lagi dicium Sam penuh kasih.

Oh my....kenapa air mata rasa macam nak terkeluar? Bella senyum, terharu dengan kata-kata Sam. Percayalah, Sam jarang meluahkan perasaan macam sekarang. Tanpa dia sedar, air mata gembira menitis namun Sam terlebih dahulu menyeka sebelum dia.

“Tak faham dengan perempuan. Benda yang tak sedih pun boleh menangis.”

Bella tergelak bila Sam komen. Ni air mata gembira okey, bukan air mata sedih.

“Tunggu sini jap.”

Sam keluar ke ruang tamu dan kembali semula dengan gitar di tangan.

Yes! Inilah part yang Bella suka tentang Sam. Asal free sikit, Sam main gitar. Asal melepak kat dapur begini, Sam main gitar.

“Lagu apa yang awak nak?” Sam mencari key yang sesuai.

“Hmmm...cinta terindah.” Bella sangat suka lagu tu. Lagu kegemaran dulu, kini dan selamanya.
Set! Sam kenyit mata.

Jujur saja ku tak mampu,
Hilangkan wajahmu di hatiku,
Mesti malam mengganggu,
Hilangkan senyummu di mataku,
Ku sadari aku cinta padamu....
Bella menongkat dagu di island table. Matanya sedikit pun tak terlepas dari memandang wajah Sam yang menyanyi khas untuknya.

Jujur saja ku tak mampu,
Tuk pergi menjauh darimu,
Mesti hatiku ragu,
Kau tak disampingku setiap waktu,
Ku sadari aku cinta padamu...

Bersemangat Sam menyanyi khas untuk isteri yang tersayang. Dan air mata Bella jatuh lagi. Terharu gila!

Dear Sam,
Saya pun akan cintakan awak sampai bila-bila...


p/s : Kita jumpa Dear Sam di Sungai Petani Sabtu ini (12/10/17);) PM saya atak Kak Ayu Dzulkarnain untuk pembelian. Love loads!



No comments:

Post a Comment